Sejak2 blog aku ni kene flag sebagai spam, aku takleh klik kat "new post" di Dashboard ituu. Dia jadi screen putih dengan hanya ada perkataan "add" di sana seketoi dan bila aku klik perkataan tu pun macam tak jadi apa. :( Ntah sapa tahh gatal letak blog aku spam. Korang yg spam blog aku ade la. Ish.
Tiap kali nak letak post baru terpaksa klik dekat "edit posts" pastu klik kat "create". Haha sadis tak.
Anyhoo.
Hari Isnin malam haritu keluar dengan budak2 tuition aku~~ Pergi melepak kat Khaleel dan Island Red Cafe. Tapi sebelum tu sempat la ambush rumah cikgu tuition kami. Ngahaha. Oih rindu gila kot zaman2 pakai baju besarrr seluar besarrr buat attitude bo-layan bajek gengster ah tu. Pastu mekap paling hebat aku pakai ketika itu adelah bedak Johnson Johnson. Haha. Ohh itulah aku ketika tingkatan 4 dan 5. Huahaha. Takde gambar sebab masa tu mana aku ada camera phone atau digital camera. Kui3.
Anyway, seronok lepak dengan depa ni. Too bad
Farah tak dapat join. Oy makcik nanti reschedule lain okkk.

Aku ni jenis segan nak tangkap gambaq ramai2 bila pegi makan kat kedai. Haha. Aku tak reti nak camwhore diri sendiri depan orang. Ekekek.

Mocha ice blended. RM4.50. Tasted more like milkshake rather than mocha...

Cubaan meniru posing
abang beck.

Syam and Nyak. Gila camera mereka ini.

My partner in crime masa F3, Azreen. She's taken. Heheh.
But one thing that made our night:

Mann Cream! +Saiz *Lama *Kuat. Pergi websitenya www.I<3banana.com
Sapa la gantung iklan ni hoiiiiiiii.
Sekian.