Sunday, October 25, 2009

Menyambung

Hmmm hari Selasa haritu aku dapat (akhirnya!) surat yang ditunggu-tunggu. Err ditunggu2 ke? Huhu...



Hujung bulan Disember ni, aku akan jadi pelajar semula, tapi kali ni takde dah rakan2 sekuliah yang gila, sound trouble dan selamba... takde dah aku perlu bangun pagi2 buta semata-mata nak ke kelas... dah takde assignments mahupun exam...

Rakan2 sekuliah aku nanti hanyalah diri aku sendiri... kelas aku hanyalah lawatan sambil belajar (wokakak) ke perpustakaan untuk mencari bahan tesis... assignments aku hanyalah tesis tebal yang terpaksa aku siapkan...dan exam aku hanyalah viva pada penghujung hari...

Isk.

Rasanya nanti aku akan masih crash kelas kawan2 aku, sebab saya adalah seorang geek yang tak boleh terperap di rumah saja... Kalau takde kelas rasanya buleh naik gila aku... huhuhu.

Haih.

7 Comments:

Blogger Super HaNa said...

selamat memecahkan otak ayaq!!!

chaiyok chaiyok!!

25/10/09 5:38 PM  
Blogger Ayaq masak said...

hana - huhu tq...

27/10/09 5:22 PM  
Blogger Kekanak Tokyo said...

arrrrrrrgggggggghhhhhhh

USM tak artistic langsung. sampul macam kopi tumpah.tak bestnya~~

30/10/09 10:19 PM  
Blogger Ayaq masak said...

tak cantik ka? ok ja...haha

31/10/09 5:04 PM  
Anonymous fndrocka said...

tahniah.tahniah...majukan diri lagi

4/11/09 10:05 AM  
Blogger sumandak said...

isk3...
aku pon nak surat tu juga

5/11/09 6:01 PM  
Blogger Ayaq masak said...

fnd - tima kaseh..

hells - apply la wehhh. tak apply kalu tak mai la surat tu huhu

7/11/09 2:03 PM  

Post a Comment

<< Home