Friday, October 30, 2009

Seminar

Semalam ada bengkel penulisan tesis cemerlang yang dianjurkan oleh school aku. Pendaftaran percuma, makan sedap (:P), dan yang penting, lepas aku pergi bengkel tu baru la aku macam faham sikit pajadah la tesis tu, apa yang terkandung dalam sebuah tesis dan cara-cara nak menulis tesis.

Korang mungkin gelakkan aku, tapi bukan salah aku pun kerana tak reti nak tulis tesis. Masa aku final year dulu, mana ada kena tulis tesis. Tak macam kursus-kursus lain. In one way, best gila sebab final year aku rilek2 takyah terkejar2 pasal tesis, but in another, bila dah sampai tahap macam ni barulah padan muka aku ye. Ngeh.

Nota yang diberi sangat berguna untuk orang blur macam aku. Harharhar. Terima kasih kepada pihak pengurusan sebab menganjurkan bengkel macam ni. Cuma satu je, bila buat iklan tu, tolong sertakan masa dan tempat sekali boleh tak? Apa kes buat iklan letak tajuk je tapi details semua tadak...

Sekian.

Sunday, October 25, 2009

Menyambung

Hmmm hari Selasa haritu aku dapat (akhirnya!) surat yang ditunggu-tunggu. Err ditunggu2 ke? Huhu...



Hujung bulan Disember ni, aku akan jadi pelajar semula, tapi kali ni takde dah rakan2 sekuliah yang gila, sound trouble dan selamba... takde dah aku perlu bangun pagi2 buta semata-mata nak ke kelas... dah takde assignments mahupun exam...

Rakan2 sekuliah aku nanti hanyalah diri aku sendiri... kelas aku hanyalah lawatan sambil belajar (wokakak) ke perpustakaan untuk mencari bahan tesis... assignments aku hanyalah tesis tebal yang terpaksa aku siapkan...dan exam aku hanyalah viva pada penghujung hari...

Isk.

Rasanya nanti aku akan masih crash kelas kawan2 aku, sebab saya adalah seorang geek yang tak boleh terperap di rumah saja... Kalau takde kelas rasanya buleh naik gila aku... huhuhu.

Haih.

Wednesday, October 21, 2009

Restore lost bookmarks in Firefox

Pada suatu pagi yang indah aku telah membuka Firefox aku dan lalu terkuzat sebab bookmarks aku semua hilang!!! Arghhh pi manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Maka aku dengan besfren aku iaitu pakcik gugel telah menjalankan misi 'how to restore lost bookmarks in Firefox'.

And we stumbled upon this site.

CLICK HERE


Cut the story short, I got my bookmarks back. Huzzah!

Labels: ,

Monday, October 19, 2009

Errr rubber?


Salahkan Sarapi.

Sunday, October 18, 2009

Cubaan memasak

Menjak aku dah grad ni, selain daripada crash kelas masters kawan2 aku, dok umah bukan buat apa pun, perabih boreh ajo.

Erk, crash kelas...? Ye la aku memang nerd tahap cipan punya ni, orang lain punya la malas nak pegi kelas, aku lak terlebih eksaited nak crash kelas orang. Pensyarah aku pun gelakkan aku sebab alasan aku nak masuk kelas dia adalah sebab "Saya boring dok rumah la Dr...". Hehehe nasib baik tak kena tendang keluaq dengan pensyarah aku tu. :P

Anyway.

Bila dah duduk rumah melangut ja tenung laptop hari2, buat apa aku pun taktau, maka aku pun jadi bosan pastu dah la lapaq sokmo. Lepas tu gugel resepi lepas tu perabihkan tepung mak aku. Huahaha.

Jadi kesimpulannya kalau tiba2 nampak aku dah tembam ke dagu berlapis ke, salahkan resepi2 yang bleh cari kat gugel tu ye. Ye lah, aku yang buat eksperimen masak lepas tu aku jugak la jadi bahan kajian kan. Huhu.

Sekian.

Monday, October 12, 2009

Pekerja pemalas

Semalam aku pegi QB untuk perabih duit...haha. Lepas tu aku pegi ke Eli[y]anto sebabbbbb aku nak cari crease brush. Masa aku sampai tu ada dua orang ja pekerja. Depa greet aku, aku senyum saja. Lepas tu salah sorang pekerja ni berdiri sebelah aku, aku cari2 la berus yang diingini, bila dah cari tadak, aku tanya dia.
Aku: Errr nose shaper brush ada tak?
Pekerja: *dengan muka yg blur* nose brush? Sat na.

Dia pun cari2 kat rak yg aku tengah tengok tu, sah2 la tadak...
Pekerja: Dia macam mana, bulat ka berus tu?
A: Bulat la...
P: *cari2 lagi* Tadak la...
A: Dalam stok pun tadak ka?
P: Tadak la...discontinued dah ni...
A: Aik, discontinued?
P: Ha'a...ermmm stok tak mai lagi depa tak stock up.

Cik kak oi, from your face I can tell that you didn't have a slightest idea of what the 'nose shaper brush' is, and yet you didn't bother to check your stock and you simply tell me that the brush is discontinued? For God sake, brush up your knowledge about your product before you work there!!! [pun intended]

Oh ayat di atas adelah hatiku berkata2. Haha tadak makna la aku nak throw a hissy fit di sana. Ha lepas tu nasib baik la dia ni pi tanya kat kawan dia lagi sorang, whom I assume is her senior (aku bajek minah ni baru keja situ la...).
P: Akak, nose shaper brush ada ka?
Senior: ADA! Sat. *dia cari lagi kat rak tu, bila dah tak jumpa* Hang pi tengok dalam laci stok tu, ada banyak lagi.

Pendek cerita, I got my brush.

Kesimpulannya:
1) Study the product you're selling.
2) If you can't find the thing, CHECK your stock. You probably have it, it's just that you're bloody lazy to do it. Makan gaji buta ka?
3) 'Discontinued' and 'no stock' have a very different meaning. Jangan pandai2 nak kata satu2 produk tu discontinued unless you're very sure of it. Cepuk kang.

Nasib baik dia sopan, kalau dia buat bolayan lepas tu buat perangai di atas, memang dah kena bambu dah.

Sekian cerita hari Isnin.

Sunday, October 04, 2009

Hitorigoto (独り言)

Hari-hari mengadap laptop, siang sampai malam, kerja tahap tu jugak. Tak guna betoi.

Bukak minggu ni lecturer nak jumpa aku. *gasp* Nak cakap pasal apa la gamaknya. Research? (abeh laaaa) Fellowship? (abeh laa) RLKA? (ha yg ni aku masih dok tunggu bila la depa nak bukak Terjemahan ni!!! Aku tanak Sosiolinguistik la.) Beliau nak cuti sabatikal dan mungkin akan ada co-supervisor? (Haaaaaaaa abis la aku jugak)

Kadang-kadang rasa takut nak sambung masters. Dan jugak rasa takut nak jadi student di bawah penyeliaan beliau. Sebab aku tau beliau orang yang raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaajin gila. Gigih siot. Dan beliau mesti ada set of expectation (set of expection wtf. Too much reading Toury's book) towards me.

I don't like people having expectations on me. Sebab aku nanti stressed out kalau aku tak mencapai expectation depa. Aku malas, Princess Procrastinator (princess je, sebab title queen kawan aku dah claim, dan mmg dia lagi hebat dalam procrastinating), pastu suka buat kerja ikut cara aku sendiri, which means, lembap nak mampus nggghhh.

To be honest, aku masih lagi blur sebenarnya. 6 bulan berlalu pun blur lagi ka? Adoi la adoiii...

Ya Allah, permudahkanlah jalan aku buat masters ni. Amin.

Dan bagi aku rajin sikit buat kerja, boleh tak? Hihih.