Monday, November 30, 2009

Balik kampong

Ayambek!

Balik kampung. Perak tengah musim buah rupanya. Kiri kanan lalu jalan kampung pokok penoh buah moktan (=rambutan. maktok aku punya sebutan). Leleh je tengok.

Pergi Air Kuning. Rumah anak sedara tok. Sana ada kakak tok. Tok sedara aku lah ney.

Dan balik ke rumah tok dengan boot kereta penuh dengan buah. Buah nyok, buah moktan, langsat, binjai, dan beberapa biji manggis. Oh cempedak juge. (Aku rela kereta bau durian daripada kereta bau cempedak. Ai dun laik! Aduiii!)

Hello I pun tau kait buah moktan ok! (Cahaya keimanan terpancar dari ujung kepala sampai ujung kaki hahahahahah)

Ini pokok binjai.

Ini pulak buah binjai. Buruk sikit lah.

Ini? Ini buah getah ye kanak2 sekalian. Kalau nak muntah hijau try la makan. (Jangan makan!)

Sekian.

Saturday, November 28, 2009

If you...

This'll be a quick post. Am going balik kampung!

This song has stuck in my head for a few days now, and I blame the guitar player in the video for that. :P So Hazemmm if you're reading this, HIIIIIII dan balik Malaysia cepat and meet me!

Toodles.

Monday, November 23, 2009

Lepas...lepas...

Nantilah lepas Raya Haji saya start research okay?

Bila Raya Haji dah lepas...

Nantilah lepas Krismas saya start research okay?

Bila Krismas dah lepas...

Nantilah lepas Tahun Baru saya start research okay?

Bila Tahun Baru dah lepas...

Nantilah lepas Thaipusam saya start research okay?

Bila Thaipusam dah lepas...

Nantilah lepas Tahun Baru Cina saya start research okay?

Bila Tahun Baru Cina dah lepas...

...
...
...

Dah pemalas tu cakap je lah pemalas. Pemalas!

Sunday, November 22, 2009

Shepherd's Cottage Pie

Aku first time makan shepherd's pie ni masa kat Kansai Kokusai Centre tahun lepas. Itu jugak first time aku makan daging kambing biri-biri yang dimasak selain daripada grilled with black pepper sauce (selalu kat rumah makan yg tu je mak/abang aku buat).
Dia bagi satu mangkuk besar. Takde gambar sebab masa tu lapaq gila haha.
Makan makan.
Tinggal lagi setengah...ughh muak*~~ Tak larat nak abih...takde la sedap sangat pun...
Setahun lebih dah berlalu, semalam aku masak pie ni! Sebab?
1) Ada ubi kentang lebih...Menjak dua menjak ni kat Sunshine ubi kentang murah gila... Sekilo RM0.99 je...so mak aku beli ada la dalam 2 kilo kot?
2) Ada lamb shoulder lebih...Ini pulak beli kat Giant sebab murah. Umah aku ni dekat ngan Tesco, Tesco Extra, Giant, ngan Sunshine, jadi bila nak beli barang2 tu bapak aku sanggup pergi survey semua tempat haha..bagus betul...
3) Aku dah lama nak buat tapi tak buat2. Alang-alang ada bahan ni blasah je la...

Pastu disebabkan dunia berada di hujung jari anda, aku gugel je la resepi, dan dapat resepi dpd sini ->http://www.cookingforengineers.com/recipe/127/Shepherds-Pie-Cottage-Pie

Aku suka website ni sebab dia ada gambar, menyenangkan otak aku dpd berfikir banyak bila nak masak hahaahaa. Maka inilah hasilnya teng teng tengg:



Hujung atas kanan tu berlobang sebab tukang masak kene la rasa dulu kan hehe


Walaupun buruk rupanya, tapi tatappppp sedap. Hahaha. Peringatan untuk diri sendiri, lain kali letak cheese dulu sebelum letak kentang lecek kat atas jika tidak mahu pie menjadi buruk sebegitu rupa. Hihi.

Nota kaki:
Shepherd's pie guna daging kambing biri-biri.
Cottage pie pulak guna daging lembu.
Aku campur dua-dua daging sebab pagi tu aku buat stok daging guna daging lembu. Heh heh.
* Muak sebab mungkin dia campur dengan lemak kambing tu sekali kot...yang aku buat mmg aku buang lemak dia...

Monday, November 16, 2009

Sibuk la sibuk sibukkk

Aku baru perasan, bila aku bersembang dengan long distance friends, depa tanya 'ko wat ape skrg?', skema jawapan aku mesti akan ada sesuatu yang menunjukkan aku manyak keja. Contoh skema jawapan aku sekarang:
- Translet sket (frak bile nak abes ni)
- Tlg lecturer sket (frak nak kena buat soalan plak)
- Kumpul data tesis sket (frakkkkkkkkkkkk. tu je)
- Nak kene prepare interpreting notes sket (frak frak frak. wak lu sungguh.)

Dan reply diorang akan jadi:
- Busy sungguh ko. (nmpk je byk keja, tapi rilek [read: procrastinate] gila kot.)
- Rilek2 la sikit... (tak larat nak rilek dah)
- Busy manjang dia neh. (selalu kena marah dgn mamat ni hoh.)
- Ni nanti kawin kesian kat laki hg blablablabla (lmbt lagi nak kawin kot.)

Aku tatau la, aku bukan bermaksud nak menyibukkan diri punnnn. Aku cuma nak buat sesuatu untuk mengisi masa lapang, tiba2 'sesuatu' tu menjadi '7-8-9-suatu'.

It's like I wanted people to think I'm being productive by being busy. Hahaha heyy there's an article about this somewhere in last year's Cleo. Harus pi cari baca.

What about you guys? Selalu jugak ke menjawab 'banyak kerja la' untuk soalan yang ditanya?? (Haha I sound like pocket now. :P)

Thursday, November 12, 2009

Pokai.

Just got back from sending kazet to the bus station. Went to Qbay for two days in a row. Succeeded in doing 90 degrees parking without any scratch etched to the car :P Bought yet another RM10 cardigan from Jusco. Hoh.

2 hari pegi Qbay dekat RM100 habis...apo bondo la yang eden boli jang???
- Makan kat Dave Deli - RM 12
- E/s - RM 16
- JCo - RM 12.50
- Cardigan RM 10
- Bayar duit shirt BATI - RM 20

Haih, not good, not good. Makan kat umah sep duit.

p/s: Akak, thx for the okonomiyaki sauce! Diharap rasa selesa tido umah saya yang tak seberapa ini..heh heh. It was fun to have you here! :D

pp/s: Sarafifi, thx for the cd gambaq! Finally kot. :*

Tuesday, November 10, 2009

Fesbuk

Do you own a facebook account? Have you actually indulged in facebooking? If you do, I'm sure you have seen this kind of status (status? statii? statuses? your pick):
1) I am hungry/lapaq/onaka ga peko peko!/Ich habe Hunger/siot kebuluran ni
2) Off to write some reports!/Must...resist....facebook....exam...ughhhh..../keje skola manyak la hoi
3) Harini berak tige kali/kene ceret beret lak hadoi/okeh wa nak berak/alamak terkentut suda
4) Tadi ada driver macam c*bai kat (letak nama tempat di sini)/wa pegi rollerskating kat (letak nama tempat yang tak sepatutnya berrolersketan di sini) tadi lepas tu kena hon dengan semua orang/eii bodo la kapel ni drive slow gila babs arghh (ini ambil contoh dpd blog Kak D heh)
5) ajkdhakjdhakjakjdhakjdhf/ajkhdahdaoayuehqkrjhbq/*&A^&*A%DHJAKJSGA
6) Baiiii nak pegi datingggg/(letak nama orang di sini) I LOVE YOU!/Is missing (letak nama orang di sini)...
7) Life sucks/bodo la boifren@gefren aku! perangai macam c*bai! [dan kemudian berbaik semula selepas 5 saat berlalu]
8) Aku rasa gile gorjes harini.

...and so on. Well it's weird what facebook or twitter or all these microblogging sites have change the way people behave. Ok maybe not their behaviour, but, you know...do you really need to tell the world about your bowel movement, you're hungry (hell I do this a lot. Most of my fb status consisted of the word 'hungry' or 'food' in it) or even any single insignificant detail about your life????

The truth is, you don't. Because people don't care. I know that (most) other people don't care about me being hungry every half hour or so and yet I still write about that in my fb status. Why?

Because I couldn't care less too if people don't care what I think in fb. I just wanted to let the steam off my chest (atau mencari publisiti murahan).

I actually like reading other people's status, reading about what's on their mind at that moment, insignificant or not, because facebook has brought out the inner kak Joyah/kak nam/kepochi in me. Admit it, it brought out yours, too.

Another pointless entry. I wrote this because a few months back I saw this video by Christine of HappySlip, and it is so very true. Heh.

Sunday, November 08, 2009

I, you, saya, awak, aku, hang, err..kakak?

Macam mana nak mula hm?

Korang, yang perempuan, kalau bercakap dengan perempuan yang lain, guna kata ganti diri apa? I & you? Saya & awak? Aku & hang?

Let me rephrase that. Kalau bercakap dengan perempuan yang baru kenal, atau tak rapat sangat, guna kata ganti diri apa?

Aku rasa kekok kalau nak guna 'I you', tapi rasa lagi kekok kalau guna 'saya awak'. Macammmm entah. Haha. Eh tambah2 kalau bercakap dengan junior. Sesetengah orang selamba je guna 'I you' dengan junior, junior pun sama selamba je 'I you' dengan senior. Aku rasa pelik. Bukan la nak tunjuk seniority atau bukan nak kata depa tak hormat senior, tapi entah. Aku bagi contoh diri aku sendiri la kan, macam ada junior kat sekolah aku, kami tak rapat, but somehow kena kerja sekali bila ada satu2 event. Most of my juniors panggil aku kakak, with exception la sekerat dua panggil nama je.

Tapi dengan junior yang sorang ni, aku rasa blur, nak guna apa eh? I dengan you ke? Akak? Eh aku selagi orang tu tak panggil aku kakak, aku takkan bahasakan diri aku kakak. Aku hang? I don't know you that much yet.

Hnnggrghh where is the direction of this post lah.

Aku guna I dengan you sepenuhnya untuk orang yang bukan Melayu. Sebab eh entah memang dari high school lagi guna camtu. Lagi pun jarang kawan2 aku yang bukan Melayu guna aku hang dengan aku, kecuali sorang dua lah kan. Dengan orang Melayu, ada jugak aku guna I dengan you, tapi akan berakhir dengan aku dengan hang, sebab aku lebih selesa lah guna aku hang. Rasa lagi mesra.

Bear in mind ok, ini perempuan-perempuan. Kalau perempuan-lelaki aku tak kisah belasah je ganti diri yang sempat.

Dalam otak aku dah macam ter'set', Melayu yang guna I dengan you untuk bersembang sesama sendiri, mesti macam high class, or rich, or something like that. Mungkin banyak tengok drama Melayu yang crappy kot, dan juga pemerhatian aku masa high school dulu.

Eh dah la aku dah tak reti nak tulis apa pasal benda ni. Kesimpulannya, aku tak reti nak bahasakan diri sebagai apa bila bersembang dengan perempuan/junior [Melayu] yang aku baru kenal, atau tak rapat sangat. Ngeh3.

Monday, November 02, 2009

*jongket kening*

Dahhhh bulan November..pastu Disember pastu new year pastu ulang sampai habis. Kawan-kawan aku pun dah nak exam, good luck lah kat korang ye. Agak2 taktau jawapan tu ingat2 la kat aku...gerenti dapat ilham nak merepek..hiahiahaihaia.

Aku dah kena start pegi library ni hoh malas betul...